ijat n anas









cumil










Anas budak buas!

Kelebihan qurban


Assalamualaikum…

Sangat banyak hadis Rasulullah saw yang menerangkan tentang keutamaan berkorban, dan di dalamnya terdapat pelbagai rahsia dan hikmah yang sangat besar.

Hadis-hadis tersebut di antaranya: "Tiada suatu amalanpun yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban, lebih dicintai oleh Allah swt selain dari menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu nanti di hari kiamat akan datang berserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya, kuku-kukunya dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semuanya dengan pahala korban itu". (HR. Tirmidzi dan Ibn Majah)

"Para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw: "Ya Rasulullah, apakah Ud-hiyyah (korban) itu?". Rasulullah menjawab: "Itulah sunnah ayahmu Ibrahim". Para sahabat kembali bertanya: "Apakah yang kita akan peroleh dari Ud-hiyyah itu?". Rasulullah menjawab lagi: "Pada setiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan itu) kita akan mendapat satu kebajikan". (HR. Ahmad dan Ibn Majah)

"Barangsiapa yang diberi kemudahan, sehingga ia mampu berkorban akan tetapi tidak mahu berkorban, maka janganlah ia mendekati tempat solat kami ini". (HR. Ahmad dan Ibn Majah)

Daripada penjelasan beberapa hadis di atas, maka jelaslah bahawa amalan korban itu adalah amalan yang sangat dianjurkan dalam Islam dan juga sunnah yang diwarisi dari Nabi Ibrahim a.s. Bagi orang-orang yang melaksanakan korban, ia akan dapat satu kebajikan daripada setiap helai bulu haiwan yang telah dikorbankan itu. Selain itu juga korban tersebut akan memperoleh manfaat atau faedahnya jika sekiranya korban tersebut benar-benar dilaksanakan kerana Allah dengan tujuan untuk menegakkan sunnah dan terlepas dari maksud dan tujuan yang lain. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Dan binatang-binatang korban itu Kami jadikan buat kamu sebagai sebahagian dari upacara-upacara (agama) Allah. Padanya ada kebaikan bagi kamu. Oleh kerana itu sebutlah nama Allah ketika menyembelihnya dalam keadaan berbaris-baris. Maka apabila gugur (sembelihan-sembelihan itu), makanlah daripadanya dan berilah makan fakir yang menjaga kehormatan dan fakir yang meminta.

Demikianlah Kami mudahkan (binatang-binatang) itu untuk kamu agar kamu bersyukur".

"Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya. Tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari kamu. Demikianlah dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan hendaklah kamu gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan." (al-Hajj : 36-37)

Bila Anas Makan






sedap hingga menjilat jari
roti kering pon sedap jugak



Habis sem3


Sekarang dah hampir seminggu baru habis sem 3.
Dengan bz memanjang & tak sempat nak update blog pon.
ish3 sampai cam tue skali sem 3 nie lg bz dr sem lepas2 rupanya subjek pon susah2.
Dengan exam dia plak memang susah gila la orang kata....
emm... sekarang kna byk doa & tawakal moga2 boleh lepas sem 3 nie... xnak mengulang Emoticons,
exam ari tue dah wat yang terbaik walaupun da yang rasa cam masih xpuas ati je cam nak wat len tp nak wat macam mana benda dah lepas... redha la..

"Ya ALLAH , sekiranya kegagalanku membawa fitnah kepada Islam dan pjuangan, maka KAU cemerlangkanlah aku dalam setiap perkara . Dan sekiranya kejayaanku membuat aku jauh dari Islam dan perjuangan, maka KAU lebih berhak menentukan yang selayaknya untukku. Krn aku m'imani, tiada perkara yang KAU takdirkan sia2, melainkan ada hikmah yang belum tersingkap nilainya..."

gambar2 kenangan sem3


Raya??

Raya taun nie raya terakhir dengan arwah tok...
sedihnye :(
arwah tok baru je meninggal raya ke-3
>al-fatihah untuk arwah

Kad Raya

Dapat kad raya


nie kad raya terbaru dari ihsan




nie kad raya lama dari ihsan jgak

>trimas

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN SEMUA

Award






Nie dia award dari encik ihsan actually dah lama dia
suruh amek tapi disebabkan bz & dh lama x update blog
nie baru pegi amek...sory ye encik ihsan
thanx coz bg award nie hehehee

p/s: tak sabarnye esok dah nak balik kg yuhuu~~ Selamat Hari Raya semua~~


AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

DAH MASUK 1 RAMADHAN PUN...

selamat berpuasa dan selamat beramal













Allahyarham Ustaz Asri dalam kenangan

BELANSUNGKAWA

Ustaz Mohamad Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor. Selain seorang balu, Haliza, 38, arwah turut meninggalkan enam orang anak iaitu Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilham, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4. Ustaz Asri menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.

Kumpulan Rabbani telah di tubuhkan pada 1 March 1997. Rabbani bermaksud "Yang Arif dan Yang Soleh" atau tafsiran secara umum "ingin mengajak diri, keluarga dan komuniti kepada kebaikan". Dianggotai oleh 9 orang anak muda merupakan penampilan yang melibatkan ahli yang ramai. Ini berobjektif rasa ingin membawa sesuatu kelainan dari sudut penampilan, imej dan persembahan.

Dah nak dekat seminggu Allahyarham meninggalkan kita dah tak akan ada lagi
suara lunak Allahyarham secara life. Betullah Allahyarham bagai ‘pahlawan nasyid’.
Pahlawan nasyid -pahlawan yang gugur di pentas nasyid

Tetiba teringat lagu nie:-




''Mana Milik Kita''-Nada Murni-Rabbani


Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Bumi langit ciptaanNya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaanNya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya

Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya
Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisiNya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepadanya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

p/s: suka sangat zikir2 Allahyarham Ustaz Asri
Al-Fatihah untuk Allahyarham

Tak tercapai



Lepas balik dari celebrate bday ingat nak pergi main chess under kkc punya
tp...tup2 bila ecah call... ala dah penuh la plak .....
sayangnya dah lama tak main chess rasanya paling last masa main kat matrik dulu...
ecah!!!nape baru call???? eh salah die ea bukan salah aku ke???
hehehee.... takpe boleh tengok nur kasih
lagipun sem depan ade lg la tue....

~Teringat masa dulu2~

open chess club kmpp



open chess usm

celebrate...

Emm hari nie agak special la coz celebrate besday aku.....
Apa???? kami kna share kek???? hehe lawak je...
Actually celebrate besday 3 orang sekali gus...

ni kek kami...

asal nama aku x nampak dekat kek tue???




kek bday triple 'A'~huhu~




sedap x???




nie dia menu ari ini



Kononnya nak buat surprise la dekat kami 3 orang tapi...
ada cacat sikit la... biasa la tue pelakon-pelakon tak diiktiraf
tapi takpe kami tak kesah
p/s:~jangan marah~

pelakon-pelakon utama:
dayah(konon buat-buat jumpa wan la.. padahal pergi beli kek)
mirah(buat-buat teman dayah tapi knapa dia yang excited lebih ye???)
ina(dah pandai berpura-pura ye blaja dari sape nie?...kire tukang cover line la)

pelakon tambahan:
zafi(dah datang lambat sempat makan kek dengan sup je la)


Apa-apa pun thanx korang semua..
muuaaahhhh!!!Hi5 Emoticon