Pengajaran dari satu penampar


Mungkin ini boleh kiter jadikan satu pengajaran & sebagai renungan bersama........

Pengajaran dari satu penampar

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan
3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya.

Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya? Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!

Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan

1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya?
2. Apakah yang dinamakan TAKDIR?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu? Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.

Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa pak imam marah kepada saya?

Pak Imam : Saya tidak marah... Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya.

Pemuda : Saya amat tidak faham...??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!!

Pak Imam : Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda : Ya....!

Pak Imam : Tunjukan pada saya ujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?

Pemuda : Tak boleh pak imam...!!!

Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.

Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?

Pemuda : Tidak....!!?

Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak....!!!?

Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!

Pak Imam : Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?

Pemuda : Kulit dan daging...!!!

Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu...?

Pemuda : Kulit dan daging....!!!??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit dan pedih....!!!?

Pak Imam : Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan.... walaupun sama unsur asalnya...!!

Pemuda : Allahuakbar!

"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG.. ITULAH JANJI ILAHI"

'Alangkah terasa hidup sia-sia.. Ruang fikiran hanya dengan ilmu dunia, Alangkah ruginya usia yang pergi.. Jika amalan bukan untuk alam abadi.'

SELAMAT HARI GURU!!!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



~jasamu dikenang~

Selamat Pagi Cikgu

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Bila Cikgu Sembang Kat Bilik Guru

Setelah selesai mesyuarat yang hampir dua jam lamanya, dua orang guru sedang berbual tenang pelajarnya masing-masing...

Guru A:Teruk ya....saya naik risau lerr.. bila pengetua bagitau yang ada pelajar kita yang tak reti membaca, menulis apatah lagi mengira.......pelajar saya ada seorang yang macam tu...kelas belakang ....tulah ....sekarang ni pelajar yang tak lulus pun boleh naik tingkatan 4, tu yang jadi macam tu....risau betul..

Guru B: Alah..apa nak diherankan.....yang lebih merisaukan saya ni, ada pelajar saya baca yassin pun merangkak....aduh..ni dah kira teruk betul ni....bab2 agama ni saya risau betul.

Guru A: Alah tu tak heran....pelajar saya lagi teruk..jawi pun tak kenal...huruf Alif sampai Ya pun tak pernah baca...

Guru B: Astaghfirullah....siapa tu?..budak ni perlu diberi perhatian ni(dengan nada yang serius)....
Pelajar saya yang merangkak2 baca yassin tu Ahmad namanya..

Guru A: Nama pelajar saya "Ah Chong"...hehe

Keesokkan paginya Guru A terpaksa ambil MC dua hari kerana luka di kepala akibat hentakkan kesan balingan kerusi..

????


click to create your own

~Selamat Hari Ibu~


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

~kuku@nail~



Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
> dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua
> jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah
> dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi
> tersebut.... potonglah kuku anda.
>
>
>
> The Truth
>
> Jangan ada niat simpan kuku panjang, walaupun hanya 1 mm
> atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah
> tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun
> kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia jugabukan
> budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk
> beristinjak.
>
> Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak
> yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi
> makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa
> menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat
> cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar
> pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

>
>
>
>
>
> Percayalah..
>
> Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang
> Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang
> bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan
> pemilik yang berkuku panjang . Untuk yang bujang
> beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang
> pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang
> sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
>
>
>
>
> Additional info
>
> Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat
> dalam najis manusia, iaitu E-Coli.
> Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci
> tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek
> untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.
> Nasihat Nabi Muhammad
> Saw. kepada Saidina Ali
> rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda
> kesayangan , Nabi Muhammad Saw.. berpesan kepada Saidina Ali
> iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:
>
> 1] jari manis
> 2] jari kelingking (anak jari)
>
> dan jangan memakai pada jari:
> 1] jari tengah
> 2] jari telunjuk
>
> Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
> telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum
> yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman
> Nabi Lut a.s.
>
> Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau
> pun perempuan.
>
> p/s: saudara dan saudari, sila
> nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara- mara
> ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias
> di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita
> mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan
> kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi
> saw. senang je kita dapat kita pahala.